ayat bergerak

Friday, 13 April 2012

MAK JEMAH nk kongsi tip untuk mengelakkan kitak urang dari menjadi mangsa penggodam. Ingat yek sik ada yang betul² selamat dalam dunia maya (internet) kinek towk.

Tips 1
Pertama dan antara yang paling penting untuk elak diri anda digodam adalah JANGAN TERLALU POPULAR di alam maya. Maksud MAK JEMAH  jangan terlalu dedahkan identiti sebenar anda kat internet. Sebabnya penggodam dengan senang untuk meneka password atau soalan keselamatan email untuk reset kembali password email.
Tips 2
Untuk login kat mana² website terutamanya FB yang dianggap aset terpenting dalam hidup anda ianya memerlukan password. Dinasihatkan anda tukar password setiap 3 bulan atau kurang untuk elakkan dari menjadi mangsa penggodam.Tips ni simple je, jadi tak perlu penerangan yang lebih detail.

Tips 3
Untuk password yang lebih secure, gabungkan simbol, nombor dan huruf pada password kitak urang. Contoh : 0r4n9c4k4P$4Y4C0m3L#l0l& Password kat sebelah ni memerlukan 239 octillion tahun untuk dipecahkan. Tetapi bagi penggodam yang advance, mungkin tempoh masa untuk pecahkan password tu lagi singkat dan ianya masih lagi memerlukan masa untuk dipecahkan. Sapa² nak guna password ni silakan.haha.:P
Tips 4
Okey tips kali ni MAK JEMAH nak tekankan sikit. Jangan guna laptop atau PC kawan anda yang anda tahu dia seorang yang expert tentang komputer. Belajar tentang komputer dengan dia takpe la, tetapi jangan selalu guna laptop atau PC dia. Mana tau kot² dia bengang anda selalu guna laptop atau PC dia, dia pun pasang keylogger. Haha. Sekadar gurauan je. :P . TIps kali ni pasal keylogger. Tau tak apa tu keylogger? secara ringkasnya keylogger ni satu perisian dimana ianya dipasang pada laptop atau PC. Tugas keylogger ni menyimpan semua log masuk pada laptop dan PC tersebut. Selalunya Cyber Cafe selalu guna menatang nih.. 
Tips 5
Ramai yang guna password sama pada mana² website termasuk online banking. Tahu tak jika anda menggunakan password yang sama, cukup senang bagi penggodam menggodam akaun anda yang lain setelah salah satu akaun anda digodam. Sila guna password yang berbeza untuk log masuk pada website yang berbeza. Sebagai contoh password untuk FB adalah 0M4A9K4J4E$4M4A03H#l0l& dan password Blog pula adalah 0P4A9K4J4E$4M4AU73H&%#0.
Tips 6
Jangan guna email sebenar anda untuk berdaftar pada mana² website yang anda ragu². Sila gunakan email lain. Kalau nak senang buat je email baru khas untuk daftar akaun pada mana² website yang anda rasa ragu². Kadang -kadang kita berdaftar pada mana-mana website dan website itu digodam. Si penggodam pula telah melepaskan database (simpanan data) website berkenaan kat internet.
Tips 7
Selalu log out akaun. Ramai yang tidak log out atau sign out setelah selesai online.
Tips 8
Potong internet dan jangan online. Haha. :P


 


No comments:

Post a Comment